quoted: Kita mengharapkan bengkel ini akan menghasilkan cara2 perbankan yg bukan shj mengikut syari'ah tetapi jelas 'peduli' akan nasib mereka yg semakin tersepit oleh pelbagai perkara sejak akhir2 ini: harga barang & kos kehidupan yg semakin mendesak, kos pengajian anak2, kos penjagaan anak2 kecil DAN harga rumah yg rata2 sudah di luar kemampuan kaum Melayu. Di Gombak, kawasan tradisional orang Melayu, dibina sebuah taman perumahan bernama Gombak Grove (nama pun dah tak Melayu) & sebuah rumah dijual dgn harga bermula dgn RM2.2 juta! Saya tak tahulah orang lain, pencen terkumpul saya sbg profesor pun tak cukup nak beli. Apakah sistem perbankan Islam & kewangan Islam tidak boleh memberi alternatif utk menentukan Gombak & kawasan2 sptnya tidak akan dlm masa 5 tahun bertukar menjadi kawasan bukan Bumiputera. Perlukah kita mendesak supaya Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan diterajui oleh seorang menteri Melayu baru kerajaan nak toleh kpd nasib bangsa yg terpaksa mencari kediaman semakin sehari semakin jauh dari bandar? Apakah tidak ada yg boleh membaca perubahan berlaku dlm geopolitical landscape negara sekarang? Tolonglah .... jangan cuma cakap tentang pertumbuhan ekonomi negara, lihatlah sedikit nasib anak bangsa hanya 5 tahun dari sekarang ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment