Pemenang2 - Dapatkan Idea2 Menarik sekarang!
Powered by DilarangMelarang

Tuesday, July 28, 2020

Jalani Mimpi

.post bt { float:left; color: $headerBgColor; font-size:100px; line-height:80px; padding-top:1px; padding-right:5px; }

Jalani mimpi

Tahun 2020, tahun yang menggemparkan. Covid 19.
Aku bertukar jabatan dari jabatan perubatan ke jabatan psikiatri.
Cita-cita ku semenjak zaman sekolah perubatan.

Tak pasti mengapa aku sukakan psikiatri, mungkin psikiatri dekat dengan jiwaku
yang suka melihat sesuatu lebih dari fizikal semata-mata. Istilah inggerisnya metafizik?
Sewaktu zaman houseman, hampir tiada masa untuk kehidupan sendiri, bagi saya sebuah kehidupan yang amat menyedihkan, jika diberi wang yang banyak sekalipun tidak mungkin saya mahu berpatah balik ke zaman yang sengsara itu. Kehilangan arwah mak yang tercinta sewaktu di posting pertama.
Alhamdulillah ada duit gaji sempat dibelanjakan untuk arwah mak membeli pemanas air walaupun kurang masa diluangkan bersama beliau. Pernah suatu ketika, aku ingin keluar houseman, akan tetapi arwah menyoal aku, apa yang aku mampu buat selain houseman. Sejujurnya saya bukan houseman yang cemerlang pun.


Bagaikan mimpi , kurang lebih sudah 3 tahun aku tamat dari tempoh houseman yang mencabar mungkin bagi saya bukan dari segi latihan, akan tetapi trauma kehilangan arwah mak tercinta yang menjadi denyut nadi keluarga. Mungkin tak perlu diceritakan bagaimana kehidupan doktor bergelar houseman itu. Kalaulah aku berperluang menjadi pemimpin di bidang perubatan ini, kemungkinan saya akan ubah minda dan 'mindset' doktor doktor lama. Walaupun karakter saay lembut saya seorang yang teguh berpindirian dan sukar berinjak dari pendirian dan jati diri ini. Mungkin isteri lebih memahami apa yang saya tulis ini. Banyak yang ingin dinukilkan mengenai budaya kerja doktor.
Kalau saya, saya suka kita memandang ke depan dan bukan ke belakang. Mungkin ini saya akan tulis dalam artikel lain.



Tak perlu diceritakan jasa arwah mak yang begitu besar. Beliau ialah ibu tradisional yang membesarkan kami berlima dengan semangat dan cita-cita sehingga memungkinkan saya menjadi seperti sekarang. Kalau diceritakan, mungkin orang akan anggap saya berbangga dengan ijazah sebagai doktor perubatan, tapi bagi saya pengalaman di KISAS atau lebih dikenali sebagai kolej Islam yang saya banggakan. Mungkin orang akan menyampah dengan kenyataan ini. Di sana saya dididik untuk mempunyai idea dan pemikiran sendiri. Beragama dengan ilmu dan bukan ikut-ikutan.
Alhamdulillah kebanyakan ustaz-ustaz keluaran KISAS adalah mereka yang berfikiran kritikal dan rajin serta produktif. Hasil berkawan dengan ustaz-ustaz dari KISAS, aku mengenali Sheikh bin Bayyah, Sheikh ramadan al buti, saya tidak pasti kenapa di Malaysia ini agak sensitif dengan nama tersebut dengan konotasi agak negatif sepeti ulama sufi dan lain-lain. Abaikan, ini pun mungkin saya akan lontarkan dalam artikel seterusnya.


Zaman belajar, zaman bermain dengan idea, bermain dengan teori. Bermulanya houseman, hampir hilang hidupku. Alhamdulillah usai habis houseman, dipertemukan dengan isteri yang besar jasanya juga saya panggil ironlady. Memang kami karakter yang berbeza, beliau asli orang Terengganu saya hanya Terengganu celup yang dinafikan hak memasuki sekolah elit di Terengganu walaupun mendapat 5a hanya kerana ic 08 haha! Hanya bergurau.
Sedangkan saya ini lahir di Perak ayah pula orang Melaka. Sudah tentu budaya kami yang dibentuk oleh arwah mak dan abah budaya campur. Saya tidak pandai bercakap loghat Perak, Melaka bahkan cakap Terengganu pun 'failed' haha. Bercakap pasal perbezaan memang banyak saya lebih kepada budaya bandar manakala gaya beliau banyak nuansa kampung walaupun dia generasi instagram sikit haha.

Bila difikirkan balik teringat arwah mak berleter kepada saya katanya saya banyak ikut belah Melaka,
rindu bebelan arwah mak. Saya tidak pasti tetapi lama kelamaan saya rasa benar apa yang arwah mak cakapkan, walaupun saya lebih suka dinisbahkan kepada Perak. Mengambil inspirasi abah yang suka mengeratkan silaturrahim dengan ipar sekalipun, saya selalu menziarahi ipar dan juga cuba menyelami kehidupan nelayan yang mana itulah nuansa isteri saya dibesarkan. Dapatlah saya memahami sedikit sebanyak cara fikir mereka.

Saya secara teknikalnya adalah menantu lelaki pertama dalam keluarga bab. Saya tidak pasti kenapa ada satu hubungan atau aura dengan ayah mertua saya itu. Atau mungkin beliau tertarik hati dengan cara saya yang selalu membawa isteri balik kampung. Ya! Mungkin pantai timur orangnya kuat ikatan kenegerian, walaupun tidak jauh rindu selalu bertemu, mula-mula agak sukar untukku memahami kerana sudah biasa dari kecil berjauhan tinggal di Terengganu kampung nun jauh di Perak dan Melaka, tiada masalah. Jauh dari sudut hati, saya dapat merasakan bapa mertua saya itu risau kalau-kalau terlampau cepat saya membawa isteri saya ini ke negeri asalku, hehe..


Gambar khadijah puteri pertamaku, mata sepet, kulit putih, tubuh comel molek kata orang terengganu adalah ciri khas keturunan belah Melaka sebelah abah hehe.



banyak yang ingin dinukilkan.....nanti bersambung dengan tajuk
masuk 30-an besar tanggungjawab
:suami ayah sekaligus along serta pakyob

"perkahwinan sebuah universiti yang takkan pernah habis pengajiannya"