Pemenang2 - Dapatkan Idea2 Menarik sekarang!
Powered by DilarangMelarang

Tuesday, April 12, 2011

Misteri Illahi

.post bt { float:left; color: $headerBgColor; font-size:100px; line-height:80px; padding-top:1px; padding-right:5px; }

Mark Zuckerberg sudah berjaya membuat perubahan dalam cara manusia berkomunikasi.
Aku selalu bermimpi untuk membuat sesuatu yang boleh mengubah dunia ke arah yang lebih baik pastinya.

Dalam umur 22 tahun 5 bulan ini, rasanya masih kering pengalaman diri ini. Namun untuk belajar semuanya dari pengalaman amatlah kurang wajar. Hidup secara puratanya lebih kurang 60 tahun sedangkan dunia terus berputar sepanjang sejarah dan umur kita hanyalah secebis dari sejarah. Perubahan sepanjang sejarah selalunya bukan mengambil masa yang singkat. Lihat saja 'ketamadunan' dunia blok-blok barat dan Eropah. Dari zaman gelap hingga zaman renaissans. Oh da masuk sejarah.....

Tapi ada juga perubahan-perubahan singkat seperti kebangkitan Jepun yang mengambil tidak sampai satu abad setelah pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki.

Melihat suasana politik di Malaysia begitu menarik sekali. Apa yang aku perasan adalah konsep yang patut digunakan ialah yang mana kurang mudarat.Konsep ini pon ada dalam usul fekah kan? Tapi yang menghairankan aku adalah bagaimana sesetngah manusia boleh musykil dengan usul fekah yang katanya banyak menggunakan aqal?
Konsep analogi atau qiyas juga ada dalam usul fekah kan?

Apa yang aku perasan adalah Islam ini amat berkait rapat dengan berfikir. Jangan pernah sesekali mengkontradikkan Islam dengan berfikir. Bagi aku amat selari Islam dan berfikir.
Tapi jangan pula silap faham dengan sesetengah Ustaz yang seolah-olah menghalang kita mengorek ilmu-ilmu agama. Tujuan mereka adalah untuk mengelakkan kita membuat kesilapan besar sebab ini bukan bidang kita. Ada alasan untuk semua ini.

Paradigma menentukan cara pandang. Cara mudah terangkan adalah guna subjek perempuan...mungkin ini sedikit keji. Perempuan adalah perempuan. Tapi lihat bagaimana manusia boleh memandangnya dari sudut yang amat berlawanan sekali. Manusia pertama memanadang perempuan sebagai peneman hidup. Manusia kedua memandang perempuan sebagai objek seks dalam bidang pelacuran. Lihat...subjek adalah sama tapi paradigma yang tersimpan dalam otak telah menyebabkan pandangan jadi berbeza.

Apa yang aku nampak adalah wujud dua aliran besar dalam cara berfikir pertama golongan literalist kedua golongan rasionalis. Golongan literalis adalah golongan yang menafsirkan arahan secara huruf. Jangan makan maka difahami jangan makan titik. Tapi golongan rasionalis akan membuat penalaran(reasoning) di sebalik arahan tersebut. Senang cerita golongan literalis ialah golongan yang skema gila babi dan golongan kerenah birokrasi. Golongan rasionalis mungkin sedikit berbelit-belit namun sentiasa sedia untuk berubah dalam pemikiran.

Kemusykilan berlaku di sini adakah golongan literalis langsung tidak menggunakan penalaran (reasoning). Kenapa golongan literalis ini mengikut arahan jangan makan tersebut? Mungkin akan ada yang jawab kami pun tidak tahu mengapa kami ikut. Dan mungkin akan ada yang jawab kami mengikut sebab sekian dan sekian. Titik. Golongan pertama bagi aku adalah orang gila dan tiada aqal sebab mereka tidak tahu pun mengapa mereka mengikut sesuatu arahan dan larangan paling kurang pun berilahj alasan bahawa pihak yang memberi arahan mesti buat untuk kebaikan kita. Tapi jika menggunakan alasan pun ini sudah dikira penalaran ( reasoning).

Jadi golongan literalist ada dua. Satu yang menggunakan penalaran lagi satu yang gila sebab tiada aqal.

Jom bandingbezakan golongan literalist yang menggunakan reasoning dan golongan rasionalist.

argh tapi bile literalist dah guna reasoning maka terdelete la istilah literalist pada diri dia.....

dunia terus berputar dan aku terus berpikirin...kah3

hurm.......

Ari Lasso misteri tuhan

1 comment: