Pemenang2 - Dapatkan Idea2 Menarik sekarang!
Powered by DilarangMelarang

Friday, November 5, 2010

.post bt { float:left; color: $headerBgColor; font-size:100px; line-height:80px; padding-top:1px; padding-right:5px; } Bahan-bahannya adalah :

separuh ekor ayam (5-6 ketul ayam)
1 inci halia (dihiris halus)
1 biji bawang besar atau 3 biji bawang merah (Dihiris halus)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sebatang lobak merah yang dipotong bulat
Daun ketumbar ( dipotong halus)
Tepung jagung
2 cawan air
Garam secukup rasa
Stok ayam jika mahu

Cara memasaknya ialah:

  1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Kemudian masukkan halia yang telah dihiris halus.
  2. Setelah tumisan kelihatan keemasan, masukkan ayam, lobak dan tambahkan air.
  3. Biarkan mendidih barulah dimasukkan tepung jagung (dilarutkan dalam setengah cawan air dahulu). Tambahkan garam sebagai pelengkap rasa.
  4. Apabila kuah kelihatan pekat, masukkan hirisan daun ketumbar sebagai penaik bau dan rasa.
  5. Kacau seketika dan hidangan siap untuk dinikmati bersama 5 ahli rumah yang tercinta. (^_^)

No comments:

Post a Comment