.post bt {
float:left; color:
$headerBgColor;
font-size:100px;
line-height:80px;
padding-top:1px;
padding-right:5px; }
sssssssssssssssssssssssss
Malam 30 September 2010 menyaksikan Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah dimeriahkan dengan Majlis Ramah Mesra bersama delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diketuai YB Dato' Sri Liow Tiong Lai selaku Menteri Kesihatan bersama-sama Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) serta Pn. Eisah Abdul Rahman selaku Pengarah Perkhidmatan Farmasi KKM.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Encik Shaiful Anuar Mohamad, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang mengajak para mahasiswa membetulkan persepsi terhadap negara dan menggunakan peluang kehadiran pemimpin kita untuk menanyakan sebarang kemusykilan.
Para mahasiswa seterusnya dijamukan dengan makan malam sebelum ucapan dasar dan amanat disampaikan oleh Dato' Seri Liow Tiong Lai. Sempena meraikan Syawal yang masih berbaki 9 hari, beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua serta meyampaikan salam Aidilfitri daripada Perdana Menteri.
Sebagaimana lazimnya ucapan kepada golongan mahasiswa, Dato’ Seri Liow menekankan aspek bersungguh-sungguh dalam pembelajaran teori dan kemahiran klinikal.
Dato’ Seri Liow turut menyangkal kegusaran para mahasiswa akan ura-ura masalah kebanjiran pegawai perubatan di Malaysia kelak. Sebaliknya, beliau menggalakkan para mahasiswa meneruskan pengajian ke tahap tertinggi kerana negara memerlukan lebih ramai pakar perubatan yang berkualiti antarabangsa. "Daripada 130 buah hospital besar di Malaysia, hanya 35 mempunyai perkhidmatan doktor pakar." Untuk memenuhi hasrat negara dalam peningkatan mutu perkhidmatan kesihatan, jelas sekali jumlah doktor pakar perlu ditingkatkan.
Menurut Dato' Seri Liow lagi, KKM berwawasan mengembangkan peranan mereka dan menyumbang RM11 bilion kepada ekonomi negara menjelang tahun 2020 dan hal ini dapat dicapai antaranya melalui sektor pelancongan kesihatan, pengeksportan ubatan generik serta menghantar doktor-doktor ke luar negara bagi menjana ekonomi negara. Beliau menyentuh pertemuannya dengan Menteri Kesihatan Mesir Prof. Dr. Hatem el-Gabali dimana kerajaan Mesir sudah lama melaksanakan perkara ini berikutan mereka mempunyai hampir 8000 graduan perubatan saban tahun.
Turut disentuh ialah isu penempatan para doktor ke daerah-daerah terpencil seperti di Sabah dan Sarawak yang bukan sahaja menjanjikan peluang pendedahan kemahiran klinikal yang lebih luas, insentif bulanan yang lebih tinggi malah turut membuka peluang memajukan karier ke peringkat pakar dengan lebih cepat. Keengganan untuk bertugas di pedalaman seharusnya diketepikan kerana peluang untuk belajar lebih baik disebabkan nisbah pesakit kepada doktor yang masih rendah.
Susulan pertemuan Dato' Seri Liow dengan Dekan Kuliah Perubatan Universiti Kaherah Prof. Dr. Ahmed Sameh Farid, beliau memuji semangat cintakan negara para mahasiswa Malaysia dan menyeru agar kita meluaskan rangkaian masing-masing dengan berinteraksi dengan pelajar-pelajar antarabangsa yang lain. Hal ini yang bukan sahaja membina diri kita menjadi lebih berani, berkaliber dan berpandangan jauh, ia juga menguntungkan negara dari aspek perkongsian ilmu dan teknologi.
Beliau turut membawakan berita dasar-dasar yang baru diperkenalkan di Malaysia seperti Government Transformation Programme, Economic Transformation Programme serta time-based promotion yang bakal memendekkan jangka masa bagi kenaikan pangkat daripada pegawai U44 ke U54 kepada sembilan tahun sahaja. Hal ini akan sekaligus meningkatkan purata pendapatan keluarga kepada USD15000 setahun melalui Rancangan Wawasan 1Malaysia.
Sesi soal jawab yang diadakan mendapat sambutan yang hebat daripada para hadirin. Rata-rata soalan yang diajukan menampakkan kematangan berfikir para mahasiswa, antaranya saudara Muhammad Hafiz bin Mazri, pelajar tahun 2 perubatan Universiti Kaherah yang bertanyakan tindakan komprehensif KKM khususnya dalam menangani masalah sosial yang makin menjadi-jadi di Malaysia; saudara Ahmad Marzuki bin Yusof, pelajar tahun 3 perubatan Universiti Kaherah yang tampil dengan soalan berkenaan kemajuan bidang kejuruteraan perubatan di Malaysia; serta saudara Amir Firdaus bin Ali Shaifuddin, pelajar tahun 4 perubatan Universiti Kaherah dengan pertanyaan mengenai projek Medical City seperti yang diusahakan negara jiran Singapura dan cadangan kerajaan menarik para doktor untuk berkhidmat di tanah air melangkaui aspek materialisme semata-mata.
Semua soalan telah dijawab oleh Dato' Seri Liow dan Datuk Dr. Noor Hisham dan rata-rata hadirin yang ditemui menzahirkan rasa puashati dengan kelancaran jawapan yang diberikan.
Bidang farmasi turut tidak ketinggalan untuk diketengahkan dan Puan Eisah seterusnya menyampaikan amanatnya kepada para pelajar farmasi khususnya di bumi Mesir ini. Setakat ini Malaysia hanya mempunyai 20 orang ahli farmasi kelulusan Mesir yang berdaftar dan bilangan ini dijangka meningkat pada tahun-tahun mendatang. Bidang farmasi sedang rancak membangun seiring dengan bidang perubatan terutama dalam bidang traditional complementary medicine, regulatory pharmacy, nuclear pharmacy, oncology pharmacy dan sebagainya. Penguatkuasaan Lembaga Farmasi Negara turut dihormati dan ini melancarkan urusan pengurusan farmasi dengan nisbah sektor awam dan swasta seimbang bagi memenuhi kehendak negara. Bidang farmasi memberikan pilihan kerjaya yang besar dari aspek pemasaran yang menguntungkan hingga aspek percubaan klinikal di pusat penyelidikan klinikal negara.
Majlis ditutup dengan Dato' Seri Liow diiringi delegasinya menemui para mahasiswa dari meja ke meja untuk beramah mesra sambil bertanyakan hal-hal pelajaran. Pihak penganjur wajar diberikan pujian lantaran pengurusan majlis yang lancar meskipun majlis berlangsung sehingga lewat malam dan dilanda angin kencang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebagaimana lazimnya ucapan kepada golongan mahasiswa, Dato’ Seri Liow menekankan aspek bersungguh-sungguh dalam pembelajaran teori dan kemahiran klinikal.
ReplyDeleteatas dasar ape ayat2 seterusnye tu delete terus? pelajar perlu ingat untuk balik berbakti! haha.
okay seriusly, kenapa edit part ni?
Keengganan untuk bertugas di pedalaman seharusnya diketepikan kerana peluang untuk belajar lebih baik disebabkan nisbah pesakit kepada doktor yang masih rendah.
ok ok, i get ur point.
dilanda angin kencang.
baik.
thanks banyak safwan.
urm sori r atiqah
ReplyDeletesenarnye pengalaman ulang tahun pahiot sangat
takleh nak tengok2 sangat jabatan berita tu
aduiyai
...
tensen
oh takpe, priority first. all d best.
ReplyDelete