Pemenang2 - Dapatkan Idea2 Menarik sekarang!
Powered by DilarangMelarang

Monday, September 6, 2010

Pelumba motor mati dilenyek dua motor

.post bt { float:left; color: $headerBgColor; font-size:100px; line-height:80px; padding-top:1px; padding-right:5px; }

MISANO (Itali): Juara dunia, Valentino Rossi memimpin penghormatan penuh emosi kepada Shoya Tomizawa, penunggang Jepun yang terkorban di Grand Prix San Marino dengan menyifatkan remaja itu adalah penunggang terbaik dan mempunyai masa depan cerah.

Tomizawa, 19, meninggal dunia selepas terbabit dalam pelanggaran dalam saingan Moto2, kelmarin. Dia menghadapi kecederaan serius pada tempurung kepala, dada dan abdomen, menurut penganjur perlumbaan dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Shoya Tomizawa adalah penunggang yang sangat bagus. Dia lucu, sentiasa tersenyum dengan menuturkan kata-kata yang baik kepada semua pihak. Dia juga sangat muda, dengan karier hebat menantinya, kata Rossi.
Keputusan perlumbaan saya hari ini (kelmarin) tidak begitu penting jika anda mengambil kira apa yang berlaku, kata pelumba hebat Itali itu yang menduduki tempat ketiga pada perlumbaan pertunjukan MotoGP, di belakang pelumba Sepanyol, Dani Pedrosa.

Saya menonton kemalangan itu di televisyen dan ia menakutkan. Saya fikir dia mati. Saya benar-benar bersimpati tetapi kemudian kami terpaksa berlumba dan cuba untuk memberi tumpuan.

Tomizawa yang juga penunggang Technomag-CIP tercampak daripada jentera Suter miliknya, ketika mencabar penunggang Itali, Alex di Angelis dalam perlumbaan Moto2, saingan peringkat kedua kejohanan dunia.

Tiada seorang antara de Angelis dan penunggang British, Scott Redding mampu mengelak daripada melanggar remaja itu, yang menyaksikan mereka berdua tercampak lebih 40 meter terkeluar dari trek ke kawasan pasir. - AFP

No comments:

Post a Comment