Pemenang2 - Dapatkan Idea2 Menarik sekarang!
Powered by DilarangMelarang

Thursday, September 2, 2010

Mengkaji pemikiran Hisham Rais dan Kasim Ahmad

.post bt { float:left; color: $headerBgColor; font-size:100px; line-height:80px; padding-top:1px; padding-right:5px; }


Kadang-kadang aku bosan dengan orang yang suka halang itu dan ini. Maklumla jiwa muda suka meneroka benda baru. Itulah aku. Aku suka meneroka dan agak anti mana-mana saja jenis gerakan persatuan yang cuba merekrut aku cara tentera.

Tapi kebebasan itu ada risikonya. Mungkin sebab itu perlu dijaga dan mungkin sebab itu abah kurang membebaskan diri aku seratus peratus.

Dan satu kata-kata kawan aku agak bernas juga iaitu hidup kita pendek lebih baik baca benda-benda yang mungkin kita akan tak setuju dari benda-benda yang kita dah setuju. Ya! out of comfort zone!



HISAM RAIS DAN KASIM AHMAD

Aku baru saja menghabiskan pembacaan buku Kasim Ahmad mencari jalan pulang sosialisme kepada islam dan baru saja berminat dengan susuk bernama Hisham Rais.
Berminat dengan susuk tak bermakna aku percaya hujahnya seratus peratus sebagaimana mereka selalu sebut.

Bagi aku puak jenis ini adalah lebih baik berbanding otaknya mandul seperti puak-puak yang ada dalam united malays national organization...kononnya mereka ini puak kanan.....hurm...kononyya puak2 kiri komunis itu jahat sangat dan kiri sangat dan u.m.n.o itu lah yang kanan sangat...ptuih!

Apa yang aku nampak dua susuk ini memegang teori tiada kelas seperti ulamak dan orang biasa dalam agama. Mereka menentang sikap kasta hindu dan juga zaman kegelapan kristian. Lalu dibawa cara pemikiran ini ke dalam Islam. Bagi aku di situ ada masalah sikit dan aku sebanrnya masih belum benar-benar jelas maklumla diri ini yang lalai dan bermacam-macam kekejian lagi. Mungkin mereka menggunakan pemikiran cara dialektika iaitu apabila suatu ekstrem salah mereka anggap satu lagi ekstrem sebagai betul.


Namun susuk ini bagus dalam pandangan politik mereka di samping sikap suka membaca.
Dan mungkin juga ada silap sikit-sikit seperti Kasim Ahmad yang menggambarkan PAS sebagai suatu puak Islam Tradisional. Mungkin pandangan beliau akan berubah jika melewati suasana politik hari ini.

Dunia ini sungguh menarik! ya Allah bimbinglah aku

banyak menda dalam dunia ini kalau mahu dibalas balaslah dengan benda yang sama

racun ular diubat dengan racun ular juga
bakteria dibalas vaksin
hujah dibalas dengan hujah
aqal dibalas mantiq
naqli dibalas naqli

dan seterusnya!

No comments:

Post a Comment