.post bt {
float:left; color:
$headerBgColor;
font-size:100px;
line-height:80px;
padding-top:1px;
padding-right:5px; }
Perkataan lojik berasal daripada bahasa Yunanyi yang membawa makna akal-hujah atau penalaran, dan dalam bahasa Inggerisnya reason. Lojik boleh didefenasikan sebagai sains pengakal-hujahan iaitu kaedah melakukan pengalasan. Pengalasan ialah proses bagaimana kita membuat kesimpulan daripada bukti. Kesimpulan mungkin berupa fakta, penilaian atau pendapat yang dihasilkan oleh proses pengalasan.
Sebagai contoh, kalau kita melihat seorang wanita 47 tahun mempunyai rambut hitam, tetapi pangkal rambutnya ada yang berwarna putih, maka kita ada bukti untuk membuat kesimpulan bahawa wanita itu telah mencelup rambutnya dengan warna hita. Ini bermakna kita telah menggunakan akal-hujah untuk melakukan pengalasan, kerana kita telah melakukan pengalasan dari bukti yang kuat. Dalam contoh ini kesimpulan yang kita buat ialah fakta bukan setakat pendapat.
Dalam contoh lain, kita melihat seorang lelaki dalam kereta keluar dari pintu pagar masjid pada pukul 3.00 petang. Kita mungkin membuat kesimpulan dia baru selesai tumpang sembahyang di masjod itu. Akan tetapi ada kemungkinan ada kemungkinan dia singgah di masjid itu untuk tumpang menggunakan tandas sahaja. Dlam kes ini kitat elah membuat kesimpulan , tetpai kesimpulan itu hanyalah suatu pedapat, bukan fakta kecuali kalau disiasat lebih lanjut.
Dalam contoh lain, kitamasuk ke bilik pejabat seorang pegawai dan melihat pejabat itu tidak tersusun kemas. Kita membuat kesimpulan pegawai itu seorang yang malas. Kesimpulan yang kita buat kali ini bukan fajta tetapi suatu penilaian.
Suatu istilah penting dalam lojik ialah andaian. Andaian ialah penilaian atau pendapat yang diyakini oleh si pemikir sebagai kebenaran meskipun dia sendiri tidak dapat mengesahkan hal itu benar. Malah barangkali tidak akan dapat mengesahkan kebenaran itu sampai bila-bila pun. Sebagai contoh seorang isteri membuat kesimpulan apabila suaminya membuka bisnes dan jadi jutawann dia akan kahwin lagi. Si isteri tidak ada sebarang bukti utnuk mengesahkan kesimpulan itu. Akn tetapi, berdasarkan andaian semata-mata si isteri bertindak menghalang suaminya dari berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri.
Ada andaian yang tidak ada dasar bukti sama sekali. Andaian itu adalah berdasarkan kepercayaan semata-mata. Salah satu jenis kepercayaan ialah iman. Kepercayaan bahwa perbuatan jahat akan dibalas jahat ialah andaian jenis ini. Setiap kali kita berfikir secara lojik, kita tidak dapat lari daripada menggunakan bermacam-macam andaian, ada yang betul banyak yang tidak.
Satu lagi istilah penting dalam lojik tradisional ialah premis atau asas hujah. Premis ialah fajta frasa pernyataan yang menyokong atau menyangkal sama ada sesuatu idea itu benar atau tidak benar. Premis boleh jadi fakta ataupun andaian. Premis berperanan sebagai asas hujah yang kita gunakan untuk membuat kesimpulan. Sebagai contoh wang boleh mendatangkan keburukan ialah sauatu premis. Oleh itu kita menjadikan premis itu sebagai alasan bagi kita membuat kesimpulan " aku tidak patut mementingkan wang sebab wang akan mendatangkan keburukan apdaku." Sebaliknya wang boleh membawa kebaikan pun boleh menjadi premis. Oleh itu kita boleh menjadikannya alasan untuk menganggap wang sangat penting. Dalam contoh lain paraquat ialah racun berbahaya boleh menjdi premis. Oleh itu kita membuat kesimpulan tidak akan meminumnya. Akan tetapi sebaliknya paraquat bukan racun pun satu premis juga. Kalau kita membuat kesimpulan berdasarkan premis itu, kita akan melakukan perkara yang sangat merbahaya kerana perkara itu tidak benar.
Dalam lojik tradisional timbul beberapa masalah keran adlaam keadaan tertentu kitat tiadak berupaya mengessahkanapakah seshuatu premis itu benar atau tidak benar. Sebagai contoh ada pakar pendidikan percaya baka memainkan
Thursday, July 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment