17 Julai - PERUBATAN telah berjaya menghantar seramai 10 orang peserta ke kem musim panas ke 12 anjuran FIMA. Kem kali ini diadakan di Ain Sukhnah sebuah kawasan pelancongan persisiran pantai. Kem sebelum ini pernah disertai beberapa orang ahli PERUBATAN seperti Abang Hanifah dan Liyana Anuar namun bukan atas tiket PERUBATAN.
Penganjur kali ini ialah Persatuan Pelajar Perubatan Arab Saudi atau nama singkatan IMAKSA. PERUBATAN diberi penghormatan kali ini setelah Doktor Amal wakil IMAM tidak dapat menghantar peserta buat sesi kali ini.
Dengan tema Change Medical Triad, program ini lebih cenderung membnetuk personaliti pelajar perubatan. Antara negara lain yang turut menghantar peserta ialah dari Turki, Jordan, Uganda dan negara-negara Arab yang lain.
Program yang berlangsung dari 16 Julai hingga 20 Julai itu rata-rata diberi komen yang bagus oleh pelajar-pelajar yang menyertai. Namun sedikit kekesalan juga diluahkan oleh peserta dari Turki dan Malaysia yang kurang memahami bahasa Arab tambahan pula alat terjemahan yang kurang memuaskan.
No comments:
Post a Comment