
amaran: idea-idea di sini kemungkinan besar tak betul dan boleh jadi betol dan maklumat dalam pos ini ialah hasil pembacaan tak teratur penulis dan pembacaan secara tak sistematik
Bulan Puasa kali ini agak menyedihkan dengan ketiadaan Maidah Rahman yang menjadi tumpuan aku tahun lepas.
Pelbagai masalah dan ujian menimpa, tak perlu aku ceritakan dalam blog ini bukannya korang boleh tolong pon....kalau Allah tak nak tolong...
MAKLUMAT BARU
Manusia ialah makhluk separuh haiwan dan makhluk separuh malaikat.
Haiwan ada nafsu manusia pun ada nafsu.......
Tapi apa persamaan manusia dengan malaikat eh?
Jika manusia asyik mengikut hawa nafsu jadilah manusia lebih teruk dari haiwan
Jika manusia itu taat maka taraf nya lebih tinggi dari malaikat.
HATI , OTAK , AKAL ?
Pada pandangan materialis manusia ialah sebuah jasad yang kalau dipecah2kan terjadilah komposisinya iaitu air, kalsium, eosin.myosin..bla333....
Pada pandangan kita sebagai orang Islam...manusia lebih istimewa dari semua itu.....kerana manusia mempunyai roh......
aqal----jiwa---roh--nafsu----fizikal
komplekskan manusia?
AKU TERSELAK ....
Aku terselak buku ESQ karangan Pak Ary Ginanjar.....dia kata penemuan baru di barat mengatakan kat otak manusia ada god spot..mende ntah....sememangnya barat sejak akhir-akhir ini mula menumpukan aspek EQ dan SQ manusia setelah menyedari kelemahan akibat terlampau menumpukan aspek IQ saja.
Jenayah kolar putih serta masalah jiwa antara perkara yang melanda mereka. Hebat lagi orang Mesir walaupun kotor, takda kaki, masih lagi boleh bersembahyang sujud kepada Allah.

Lihat gambar di sebelah, kekuatan Naruto datang dari aqal atau emosi?
Bodoh betul aku ini...sebenarnya apa yang aku nampak ialah......
Kekuatan sebenar manusia datang dari hati bukannya otak ataupun aqal.
Otak dan akal fungsinya untuk berfikir tapi yang memberi nilai gerak, semangat, rajin, ikhlas itu semua terletak di hati.
Selama ini mungkin kita dimomokkan dengan slogan-slogan berfikir secara adil...berfikir secara tak berbias....
.....jangan emosi dalam berfikir....
Bagi aku, sebahagian dari slogan itu bohong....manusia dibekalkan dengan suara hati dan perasaan yang mana ianya telah bercampur dengan pemikiran manusia.
Bijak mengawal emosi itulah yang sepatutnya bukan membuang emosi atau suara hati!
JANGAN ABAIKAN SUARA HATI
Bukankah Islam sudah lama menekankan aspek pengawalan hati.
Sepatutnya penekanan kepada berfikir secara lojik dan kritis disertai juga dengan pengawalan hati. Ini kerana aqal punyai daya pengetahuan manakala hati lebih luas serta ia punya daya gerak!
Perhatikan seorang ibu yang membela anaknya adakah dengan kekuatan emosi atau kekuatan aqal?
p/s..barat walaupun mengabaikan aspek-aspek rohani dan ghaib..namun mereka tak lelah kaji dan berfikir oleh sebab itu mereka semakin hampir kepada percaye perkare2 ghaib, mungkin lebih baik dari orang yang malas berfikir
gile ar gempak wan hehe
ReplyDeletebiarkan safwan terjun dengan labu-labunya..
ReplyDeleteape maksudnya? haha..
pok di da dtg da ...isteri sehat? (jangan marah)
ReplyDeletegurau jek
tanya isteri aku sihat k tak pun nak takut k?
ReplyDeleteaduih wan,cane nak kawin ni..