amaran: pos ini kemungkinan betul dan kemungkinan salah dan sila baca di atas risiko anda sendiri
sebilangan tokoh2 dari turki..wah hebatnya mereka
(dari kiri Bediuzzaman Said Nursi, Fethullah Gulen dan Adnan Oktar)
.
Sebab itu aku ade blog....
Begitu juga dengan kerja-kerja BPP dan PSMB( PEPE SURUH MAIN BOLA)....semuanya aku buat sebab seronok dikelilingi ramai manusia..hilang rasa sunyi.....
Ada orang kata kahwin boleh hilangkan kesunyian...
Tapi harituh aku terbaca ( seperti biasa aku baca buku tak abes)
buku IMAN dan kesan dia kepada KEHIDUPAN karangan Syeikh Yusuf al-Qardhawi.
Antara tulisan dia (kalau aku taksilap) ..jiwa manusia sememangnya sunyi dan kesunyian ini akan dipenuhi dengan IMAN.
Kerana orang beriman merasakan Allah ada di'sisi'nya...
PENJARA BATIN dan PENJARA ZAHIR
Entah mana la aku dapat perkataan penjara batin...sekarang nih aku tengah dok kagum dengan ulamak2 dari Turki seperti Bediuzzaman Said Nursi dan Fethullah Gulen.
Dulu masa pergi book fair dekat Makrod Kutub, memang ada satu bahagian khas untuk buku-buku dari Turki bawah nama Rasailinnur mende ntah....
Bagi aku pendekatan diorang agak berbeza kerana diorang banyak menekankan pendekatan jiwa..soul dan sebagainya....tasawwuf la kot....Harun Yahya camne pulak....beliau mengaitkan tasawwuf dengan sains? wah..hebatnye orang turki nih..hehe lari tajuk pulak...
Kadang-kadang aku terfikir adakah minda dan jiwa aku benar-benar bebas atau aku dibelenggu penjara batin walau luarannya aku bebas...tiada kaitan dengan ISA..hehe
Yelah kadang2 kita kata..aku tak nak sembahyang jemaah sebab hati aku kata aku tak nak buat..nak buat apa buat sebab orang lain? Tapi dalam masa yang sama kita ikut nafsu ke camne?
Aku terfikir yang nafsu yang gagal dikawal ialah penjara batin bagi jiwa manusia....
di samping berjuang menentang ISA jom berjuang menentang penjara dalam diri!
PANCAINDERA MANUSIA YANG LEMAH
Semasa di KISAS dulu waktu zaman f4 aku start explore buku-buku Harun Yahya di Saba Islamic Media di Shah Alam. Maknanya aku outing luar dari Klang lah......sepatutnya mana boleh!Tapi yang sedihnya aku outing sorang2...nak wat camne aku agak lemah bersosial...
Apa yang menarik buku-buku karangan Harun Yahya seolah2 menggabungkan ilmu tasawwuf dan sains. Antara yang paling mudah difahami ialah kelemahan panca indera manusia. Dalam fisioloji tahun2 pun ada belajar.
Tengok gamba telinga itu. Menurut fisioloji yang aku belajar manusia boleh dengar nunyi dari kuantiti tertentu hingga ke kuantiti tertentu yang disukat dalam heartz kot. Maknanya ada bunyi yang manusia tak dengar.
Maknanya apa?
Ada bunyi yang kita tak dengar....kan? So bukankah itu perkara ghaib...mungkinkah itu hakikat perkara ghaib? Kan da masuk tasawwuf.
Bagi aku itulah kelemahan sains sekarang..dan ilmu zaman moden ini....dipisah2kan sampai kita lupa nak mengaitkan
Orang yang luas pembacaannya dan luas pergaulannya boleh mengaitkan antara tasawwuf dan sains dan jadilah ilmu itu satu rangkaian dan rantaian bukannya juzuk2 yang terpisah..ni idea akulah..sebab itu aku tak kesah pon baca buku tak habes ke..ape2 ke.....ni idea aku lah maybe salah...
...Ada juga Ustaz Fawwaz cakap zaman sekarang ilmu terlampau luas sampai terpaksa dikhususkan..Ustaz Hasrizal pon ade cakap kena membataskan diri dalam menda2 camnih.....entahlah..aku sendiri kadang-kadang tak bersetuju dengan kenyataan tersebut..kadang setuju...
Bagi aku pendapat ustaz fawwaz dan ustaz hasrizal ialah pendapat orang berpengalaman yang berpijak di atas realiti.
Tapi itulah sikap aku ..aku tak suka berpijak di alam realiti namun aku suka berimajinasi..kerana aku yakin tiada apa yang mustahil tambahan di waktu umur aku yang masih setahun jagung ini!
Ibu bapa aku kadang-kadang menegur juga sikap aku yang panjang angan-angan...


tinggal selipar luar masjid, "weh bawak masuk la kat dalam", "xpe, aku da byk kali buat"... "eh mane slipar aku", "kan da kene curi haha"
ReplyDeletetasawwuf tu apo??
ReplyDeletehaih~ kosong itu sunyi, sunyi tak semestinya kosong....
tasawwuf tu mende2 kait ngan ati la kan? ala dalamkelas ustaz fawwaz kan ad blaja tasawwuf, feqah dengan mende ntah....
ReplyDeleteaku baru sedar manusia ade hati..bukan otak saje....patot r kene blaja tasawwuf gak di samping blaja fiqah....
kosong tu mende plak.>?