Pemenang2 - Dapatkan Idea2 Menarik sekarang!
Powered by DilarangMelarang

Friday, July 25, 2008

Antara Mesir dengan Turki.............

.post bt { float:left; color: $headerBgColor; font-size:100px; line-height:80px; padding-top:1px; padding-right:5px; }

amaran: penulis ialah seorang remaja yang selalu buat silap dan sedang belajar dalam alam kehidupan pasti banyak silap dalam tulisan ini...



Aku ada seorang kawan yang agak rapat jugak la walaupun terlampau banyak perbezaan antara kami. Dia Mumtaz sedangkan aku kena ulang. Dia orang Selangor sedangkan aku tinggal di Terengganu. Seliparnya berwarna putih sedangkan kaler selipar aku hitam. Dia selalu bermain sebagai seorang striker aku lak selalu duk bahagian defense.
Yang aku paling tak tahan bila dia selalu sangat kutuk Mesir sedangkan kat Mesir nilah tempat dia tinggal.



Sebenarnya tak adil jugak buat penilaian hanya berdasarkan 2 minggu melancong tanpa tahu sejarah Turki itu sendiri.

Walaupun Turki itu bersih, cantik, dibandingkan dengan Mesir aku tetap lebih kagum akan Mesir. Memang Mesir itu terutama Cairo banyak kekurangan, bersepah, tak teratur, suke gadoh, kotor, dan lain2........

Pendapat saya (mungkin tak betul) orang Mesir lebih bijak ( walaupun mungkin kurang adab) berbanding dengan orang Turki secara umumnya. Mana tidaknya saya kira hampir semua orang Turki hatta sampai mahasiswa yang saya jumpa tak pandai cakap Inggeris sedangkan kalau kat Mesir hatta sampai budak2 pun reti cakap Inggeris...tapi ni mungkin tak betullah..just pendapat.......


Kepelbagaian ada di Mesir

Aku sukakan kepelbagaian...persamaan menjadikan hidup aku bosan....di Turki hampir semuanya wanita nya berpakaian seragam jubah berbutang dengan tudung dimasukkan ke dalam. Lain di Mesir ada yang pakai tutup muka, ada yang bukak mata sikit, ada yang pakai tudung labuh macam kat Msia......


Bab ambil wuduk hampir sume orang Turki bukak stokin nak basuh kaki macam kite la...Kalo di Mesir ade macam2..ade yang tak bukak stokin, ade yang bukak, ade yang pakai stokin tak sampai buku lali......

Masjid kat Turki lak xleh nak baring2..nak lunjur kaki pun x boleh......kata Fatih Kaya nak jaga adab kat Masjid tapi bagi saya apa salahnya baring2 kat Masjid nak rehat..ketika semayang hampir semua orang pakai baju sama kalo kat mesir macam2 ade ade pakai jubah, ade yang kotor2 semayang, ade yang pakai kain pelikat..haha ni budak malaysia yang jenis tak malu r pakai kain pelikat kat masjid..........

Kenapa Aku tak Suka Persamaan?

Persamaan menyebabkan aku takut berpendirian sendiri. Persamaan juga menyebabkan kita takut nak melawan kalo sesuatu menda tu salah. Ketika di Intec memang aku seronok tengok macam2 jenis orang ada tapi ketika dalam keluarga gen6 nih aku hampir2 rasa bosan dengan hampir semua ada mental yang sama mujurlah ada beberapa orang yang berani menjadi lain...Bagus jugak ustaz2 yang aku join hari tuh gi Turki pelbagai ragam...ada yang gaya macam Usama bin Laden, ade gaya Otai, ade gaya pelawak bodoh.....rupa2 nya dalam komuniti2 ustaz ini kepelbagaian lebih dihargai...........




4 comments:

  1. sapa ustat yg gaya cam usama laden? sapa plak cam otai?? sapa plak la pelawak bodoh tuu??

    ReplyDelete
  2. sape kawan rapat mumtaz budak selangor yg suke kutok2 mesir yg ko compare tuh? [haha keling x ayat aku?]

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. to bosz: x ingat name r..gaya je...bukan sifat..sori kalo terlepas cakap terkasar bahasa

    to rem:pepe cerdik ...dia bukan kawan rapat r just kawan suke2..tapi bagus r dia haha

    August 2, 2008 6:39 AM

    ReplyDelete