Pemenang2 - Dapatkan Idea2 Menarik sekarang!
Powered by DilarangMelarang

Tuesday, June 10, 2008

Sudut Berbeza

.post bt { float:left; color: $headerBgColor; font-size:100px; line-height:80px; padding-top:1px; padding-right:5px; }

Kita kadangkala lupa walaupun kita mempunyai asal dan agama yang sama, pandangan kita terhadap beberapa perkara masih lagi berbeza akibat pengalaman hidup dan tafsiran yang berbeza dalam beberapa perkara.

Sama juga dalam kes kenaikan minyak.
Tadi saya bertanya kepada Zapip pasal minyak dan nampaknya jawapan dia pada pandangan saya agak bijak, dia kata camnih,
" Bagi aku yang belajar dan tak guna kereta dan motor aku tak rasa apa2..tapi bagi orang yang guna kereta dan motor lain lah ..mesti dia tak taulah macamne......."katanya.

Jawapan di atas menampakkan kematangan dlam cara berfikir dengan cara meraikan sudut pandang berbeza manusia lain.......


Rai Sudut Pandang Berbeza

Selagi namanya manusia selagi itulah kita akan selalu berbeza pandangan.
Hipotesis yang saya dapat setakat ini ialah pandangan manusia tidak sepatutnya terlampau diambil kira kerana otak manusia itu terhad.

Pandangan manusia sering dibiaskan oleh pengalaman, suasana dan sekeliling.
Jadi, pandangan manusia jarang menyeluruh dan sering bias.

Oleh sebab itu apa yang tak lojik sekarang boleh jadi lojik masa hadapan.
Apa yang manusia lain pandang buruk mungkin dipandang baik manusia lain.
Begitulah seterusnya....

adoi...aku dah tak tau camne nak keluarkan idea dengan cara tersusun..tido jap lah........
sekian

amaran: sila tapis sebelum terima

No comments:

Post a Comment