
DBP marah karang...
TERIMAKASEH CIKGU HAZNAH( BUDAK2 4/2,5/2 KENAL R BELIAU)
ULASAN SONGSANG
Karya ini saya tulis pada 10 Februari 2007 mengisahkan sejarah saya belajar sejarah.
Entahlah... sampai sekarang saya masih kehairanan melihat cara belajar sejarah di sekolah-sekolah yang menyeksa pelajar.
Sampaikan adik saya tanya
" Along, camne nak power sejarah ha?"
Saya bernasib baik mendapat guru sehebat Cikgu Haznah semasa di KISAS dulu.
Sebenarnya bagi saya mengetahui sejarah amat penting untuk mengenali tabiat manusia.
Untuk membuat penilaian lebih tepat terhadap sesebuah persatuan, parti, negara dan sebagainya.
Melalui sejarah juga kita dapat memahamkan kenapa kegilaan di dunia ini kadang-kadang berlaku seperti perang, pengeboman pembunuhan, holocaust dan sebagainya.
SEJARAH
tempat jatuhkan dikenang...
Sejarah . Cakap pasal sejarah aku stat belajar sejarah mase aku
darjah 1 kat al-amin. Sejarah Islam atau seerah pas tu masuk form 1
belajar sejarah sampai la spm pas tu skrg dah tak belajar dah
sejarah. Masa sekolah rendah aku belajar seerah pasal perang
Rasulullah dan aku pun hapalla mase tu aku rajin juga dan kalau kat
sekolah aku kira power gak la. Agaknya mungkin tak matang lagi kut
aku tak dapat apa-apa pelajaran pun dari sejarah. Benda tu
berlarutan sampai form2. Form1 ade la sedar sikit tetang kepentingan
sejarah. Tapi start form 3 la sorang cikgu nama dia Cikgu Zaharah
yang mengajar sejarah bukan skadar silibus malah mengaitkannya
dengan keadaan semasa dan politik. Pas tu kat Kisas pula Cikgu
Haznah ajar sejarah tak silap aku dia guru cemerlang sejarah skrg ni
dia pk1 ke 2 kisas tak silap. Bagi aku dia memang seorang guru yang
hebat. Walaupun kami tak minat sejarah namun dia mempunyai corak
pengajaran yang sendiri sehinggakan dijemput sekolah2 lain bagi
ceramah dan sebagainya. Melalut pulak . Balik pasal sejarah beliau
berjaya memuka sikit pemikiran aku tentang kaitan sejarah dengan
politik dan kewujudan kita. Aku memang suka sejarah tapi yang
menyebabkan aku tak minat ialah periksa terutama time trial dgn
mase dekat2 spm bertimbun3 kertas soalan antaranya sejarah yang
diberi untuk diselesaikan ( tanye la budak2 Kisas sbp lain same gak
kut ). Antara pengalaman pahit aku ialah kertas ramalan yang
bertimbun tadi tu banyaknya tak masuk spm tulah yang aku pelik
macamner aku dapat A1 sejarah. ( Apa yang aku tulis ni kira sejarah
la jugak) Tu sejarah yang belajar di sekolah. Pada masa yang sama
aku minat baca majalah i sebab banyak info yang aku dapat.
PERUBAHAN PARADIGMA
Tulisan Ustaz Hasrizal pasal perang sifin atau perang jamal betul-betul
mengubah persepsi aku terhadap sejarah. Sebelum ni yang aku tau
sejarah ni dimanipulasikan oleh orientalis untuk
mengelirukan umat Islam tanyela bapak2 kita tentang apa yang
mereka belajar di sekolah dulu berbeza dengan apa yang kita
belajar. Selepas membaca tulisan beliau barulah aku tau bahawa
penyelewengan juga berlaku dalam sejarah Islam spt pengaruh Syiiah
dan Israeliyat bukan semua boleh dipercaya. Aku aku tak nak la cakap
pasal sejarah tapi kita sebenarnya boleh belajar daripada sejarah
kerna sunnatullah lazimnya berulang bukan la baca takat seronok je
macam tengok movie tu lah kena latih mengambil pengajaran
daripada hidup kita malah apa salahnya ambil pengajaran daripada
hidup orang lain terutamanya orang yang lebih tua dari kita kata
orang dia makan garam lebih dahulu tapi tapis-tapis gak la bukan
semua orang tua cakap betul tu kena fikir sendiri la. Kaitannya
dengan kita yang belajar di Mesir ni banyakkanlah bual dengan
senior2 banyak pengajaran yang boleh kita dapat. Entahlah masih
banyak yang perlu aku belajar terutamanya di Mesir yang masih asing
bagi aku.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Sekian.
INI KOMEN YANG SAYA TERIMA DALAM FRENSTER
cikgu haznah pk1...
skang ni g london kot x clap...
pgi kursus skool kluster...
dgar kte dy nk naik jd pengetua kt sbi gombak...
ntah betul ntah x...
bbudak cakap...