Pemenang2 - Dapatkan Idea2 Menarik sekarang!
Powered by DilarangMelarang

Saturday, April 19, 2008

RE-Cycle Entahla

.post bt { float:left; color: $headerBgColor; font-size:100px; line-height:80px; padding-top:1px; padding-right:5px; }
RE cycle : tema baru yang saya dapat sempena peperiksaan biokem yang menipa diri ini bertubi-tubi. Dalam biokem saya banyak belajar pasal 'cycle' seperti urea cycle.

Recycle juga bermaksud pensyarah akan 'cycle' balik apa yang mereka ajari dahulu kerana kebanyakan silibus yang ditetapkan sudah pun tamat.

Kali ini saya re-cycle kembali karya di blog friendster saya yang bertarikh 5Mei2007.

Ia berkisar mengenai konflik saya dengan makanan mesir disebabkan naluri asia saya yang sangat tinggi.

Ia juga memberi pengajaran kepada saya bahawa orang tua lebih dulu makan garam.
Sebeluum 'fly' ke sini saya memperkecilkan usul emak tentang kamu ni boleh 'adapt' ke dengan makanan mesir.
Saya dengan selamba mengatakan itu perkara kecil namun inilah akibatnya 'berlagak'.

Hingga kini hanya tiga kedai makan di Mesir yang saya pergi
1-ad-dawar-menjual nasi beserta ayam 'masywi'
2-samak az-zahra-nasi beserta ikan goreng
3-yaman-assaid-nasi yaman

semuanya bertemakan nasi
walaupun mahal tetap saya gagahi jua demi naluri kemakanan asiaan saya.

Sekarang ni kalau malas masak saya beli la indomee ( buatan Indonesia) yang ada bermacam-macam perisa ala murah je...1.25 geneh macam maggie la kat Malaysia.


Entah la 5mei2007

Entah La dah 7 bulan dah kat Mesir ni tapi aku ngan makanan mesir

masih tak serasi lagi. Teringat dulu aku pernah cakap kat mak aku

yang aku boleh je makan makanan mesir ngan mudahnya. Tapi lain

pula yang jadi.

zaman muda di mesir...akhir tahun 2006

Masa mula-mula sampai dulu aku makan je selagi nampak best.Tapi

sebuah peristiwa pahit mengubah segalanya. Itulah antara simtom

awal yg menunjukkan makanan mesir tak serasi ngan aku . Bukan aku

sorang jer yang mengalami simtom tu malahan lebih daripada

seorang turut sama terlibat dengan simtom tersebut. Aku tak tahu

siapa harus dipersalahkan sama ada perut aku atau salah makanan

mesir.

Berbiji2 pil chi kit teck aun aku telan dan masa tu jugaklah first

time aku order air tea bungkus tanpa gula. "Auz syai bila sukar fi kis".

Arab yang menerima orderan aku bermuka kehairanan . Memang

takde orang order tea bungkus aku pernah tengok kat sini. Jadi Arab

tersebut tak patut dipersalahkan di atas tindakannya bermuka

kehairanan. Tak kisahlah yang penting perut aku sembuh.

Akhirnya ku tempuhi jalan ke soidalah untuk membeli ubat

diarrohea atau dalam bahasa arab ishal. Setelah menghirup beberapa

paket ubat ishal akhirnya aku kembali normal. Barulah aku sedar

nikmat kesihatan yang selama ni aku dapat free jer. Tak ternilai.

Sebab apa la makanan mesir tak sukakan aku. Mungkin ada silapnya

di mana-mana. Aku pun bertanya pada sahabat lain tentang hubungan

mereka ngan makanan mesir kebanyakannya menyatakan keadaan

yang sama ngan aku. Tapi aku tengok hubungan senior ngan makanan

mesir ok jer tapi tak taulah sejarah sebenar. Ada jer senior yang

pernah kena hepatitis.

Orang kata pengalaman mengajar, senior-senior kata kalau diserang

makanlah zibadi atau bahasa popularnya yogurt. Memang betullah

apabila memakan zibadi berlaku proses pemejalan dalam badan

seterusnya mengurangkan kehilangan air.

Entah la sampai bila krisis ngan makanan mesir nak berakhir aku

masih lagi mencari solution dengan mencuba pelbagai kategori

daripada makanan mesir. Nampaknya setakat ni aku tewas , kerap

jugak aku ke ARMA mencari makanan Malaysia yang serasi ngan

aku.Kat rumah pun bukan selalu ada makanan Malaysia kalau nak

kenalah masak sendiri.

Mungkin juga keadaan ni normal bagi setiap insan yang bergelar

manusia. Terkejut ngan peristiwa baru. Teringat bapa aku cakap kita

kena kena cepat suaikan diri kalau tidak susah. Memang betullah apa

yang diperkatakannnya itu. Dr Akif yg ajar respiration pun sendiri

kata makanan Malaysia pedas2. Gaya bahasa dan mimik muka yang

ditunjukkannya menunjukkannya betul-betul tak tahan ngan

kepedasan tahap melampau makanan Malaysia (pendapat dia lah).

Entah La sampai bila macam ni. Aku mesti mencari solution

secepat mungkin kalau tidak nahas aku akibat tidak dapat menyuaikan

diri. Aku berharap suatu hari nanti krisis aku ngan makanan mesir

pulih sepert insan-insan mesir yang lain.

Entah La.

Sekian.


No comments:

Post a Comment