Nawfas melayangkan dirinya di atas katil kayu beralaskan simen sambil beratapkan konkrit dan berhadapkan komputer laptop ACER pemberian bapanya.
Peperiksaan praktikal histo masih lagi diambil sambil lewa.
Entahlah semakin lama hidup semakin bosan dengan belajar ' suap dan makan'.
Along
Semasa saya kecil dahulu (haih..sejarah lagi..) adik2 saya memanggil saya dengan gelaran abang. Tapi gelaran mulia itu dipindahkan kepada along hasil suruhan emak. Emak memang mengambil berat tentang benda-benda sebegini walaupun pada pandangan saya tiada bezanya panggilan along dengan abang.
Tahun 1998 juga saya masih ingat akan cerita kanak-kanak bertemakan pendidikan iaitu Along.
Di samping along banyak lagi rancangan televisyen berbetuk sedemikian.
Apabila remaja sikit saya mula terdengar berita pasal ceti haram beroperasi atau lebih mesra dengan gelaran 'along'.


Kebiasaan seorang along iaitu mendapat perhatian yang lebih dari ibu bapa kerana dialah buah hati pertama yang menyerikan perkahwinan dua orang manusia.
Mungkin ini yang menyebabkan 'lecturer' psiko saya menagatakan anak sulung selalunya fragile ataupon spoil mengikut apa yang Brutalys katakan pada saya.
Berikut merupakan personaliti saya sebagai seorang anak sulung tak pasti kena atau tak dengan ilmu psikologi:
kurang gemar dibantu
tak suka bermesyuarat
tak suka berbincang
ego
tak suka menerima nasihat kecuali dari orang tertentu
suka buat kerja sendiri
tak suka mengikut orang lain
suka membantu
suka bila rasa diperlukan
mungkin gila kuasa sikit walaupun tak suka jawatan
mungkin sukakan pengaruh haha
dalam komuniti saya sendiri saya lihat
ada beberapa persamaan antara anak-anak sulung ini yang tak perlu namnya disebutkan
mereka agak gile 'capub' mungkin sama seperti saya
namun apakah yang dicari dalam capuban
mungkinkah perhatian seperti yang mereka dapat sewaktu kecil?
p/s sifat tidak suka ikut orang lain dan tak suka ikut peraturan yang direka dan ikut sistem serta mengikut kenormalan manusia sekitar menyebabkan saya menghadapi KKK ( konflik keperibadian kendiri) tak henti2
No comments:
Post a Comment