Pemenang2 - Dapatkan Idea2 Menarik sekarang!
Powered by DilarangMelarang

Sunday, April 13, 2008

Di Atas Normal

.post bt { float:left; color: $headerBgColor; font-size:100px; line-height:80px; padding-top:1px; padding-right:5px; }
Perut berkeroncong lagi.
Nafsu jenis apakah yang merasuknya sehingga dia berasa sangat lapar.
Lapar...lapar...lapar
seolah-olah 'satiety centre' tak pernah dihalang, haih...

Yelah sepatutnya sebagai orang Islam kita tak patut makan banyak sangat.
Kalau lapar baru makan.( Antara nasihat Ketua Kantor Bahagian Biokem)

Melihat tulisan Hafzi Adam di blognya menyedarkan seorang lagi hidden blogger iaitu saudara Paaan yang disharingannya dari friendster.
Teknik penceritaan suatu perihal dengan mengimbau kenangan lama atau sejarah.
Itulah 'skil' yang dia tiru.

Sejarahku...

Aku sedari kecil memang selalu menjadi lain dari yang lain atau bahasa kasar abnormal.
Aku satu-satunya anak lelaki dalam keluarga sehingga dengan bangganya rekod itu dicalarkan oleh kelahiran Uwai tahun 2001.

uwai suruh aku balik katanya dia nak bayar duit tiket aku,kelakar betol..

Aku juga satu-satunya keluarga yang tinggal di Terengganu.
Semasa di sekolah rendah SRI al-Amin Kemaman aku juga satu-satunya lelaki yang tidak tinggal di asrama. Masa result UPSR diumumkan aku pulak satu-satunya pelajar lelaki yang dapat semua A.

Kemudian aku keluar dan masuk pula sekolah menengah agama al-falah iaitu sekolah agama negeri. Di sana aku sekali lagi mejadi satu-satunya pelajar dari SRI al-Amin yang masuk ke sekolah tersebut.

Tindakan aku keluar dari sekolah yang bagus sememangnya dipersoalkan.
Aku akui memang sekolah lama aku lebih baik namun kadang-kadang kita jarang menyedari kesubjektifan hidup. Hidup bukan selalunya matematik, ianya amat subjektif.

Keluar dari sekolah lama menyebabkan aku mula belajar hakikat pemikiran pelbagai ragam manusia terutama pelajar-pelajar dari Felda di sekolah menengah agama al-falah.

Aku juga mula kenal pelbagai ceruk Felda di daerah aku.

Kemudian diterima tawaran masuk ke KISAS. Aku sekali lagi mejadi satu-satunya pelajar dari SMA al-Falah yang ke KISAS. Di KISAS juga aku dikira agak ganjil..haha..

ha...lagi satu kalau kalian perasan ketiga-tiga tempat yang aku sekolah mempunyai ciri-ciri yang agak berlainan walaupun semuanya sekolah agama

Kaitan Sejarah dan Tabiat Aku

Oleh kerana tabiat manusia dan sesebuah tamadun dipengaruhi oleh sejarah demikian jugalah aku. Sejarah bangsa Melayu yang amat menjunjung adat menyebabkan ada beberapa adat yang tak elok amat sukar dikikis antara contoh yang boleh aku beri. Eh, ye ke?

Begitu jugalah aku..

aku suka menjadi 'mulia'
tapi bila berkawan dengan mereka
aku tak boleh ikut dengan kenormalan kebaikan mereka

aku beralih kepada kawan yang 'keji'
walaupun aku bencikan kekejian
tapi bila berkawan dengan mereka
aku tak boleh terima kenormalan kekejian mereka

menyebabkan konflik hidup sentiasa berterusan


Paradigma Manusia

Membaca buku Teknik Berfikir Konsep dan Proses karya Ainon dan Abdullah kembali menyedarkan aku.
Sesungguhnya apa yang dianggap tak normal hari ini mungkin boleh jadi normal.
Dalam Islam sendiri terdapat Fatwa-Fatwa ganjil atau gharib kalau dipandang pada zaman lampau tapi fatwa itu diamalkan sekarang.

Teringat pulak hadis ke apantah
sesungguhnya islam datang dalam keadaan ganjil dan pulang dalam keadaan ganjil maka berbahagialah bagi mereka yang ganjil

agaknye lah kan
adakah aku tergolong dalam keganjilan yang dimaksudkan?

jawapan keji: ya, akulah keganjilan itu
jawapan jujur: tak pasti
hehe

SEHINGGA KINI AKU MASIH TERTANYA-TANYA PERLUKAH AKU MENJADI NORMAL


1 comment: