Pemenang2 - Dapatkan Idea2 Menarik sekarang!
Powered by DilarangMelarang

Sunday, November 4, 2007

Hedonisme Sudah Mati?Bahagian DUA

.post bt { float:left; color: $headerBgColor; font-size:100px; line-height:80px; padding-top:1px; padding-right:5px; }
wei... pemenang ko salahkan aku lak
ramai je org yg blajar kat aku OK jer

Entah di mana virus hedonisme merebak ke dalam diriku. Aku mula merasakan INTEC dan SHELL lah tempat aku mendapat virus itu. Tapi secara jujurnya memang seronok berhedonisme. Apa tak seronoknya makan , main , dengar lagu , bla bla bla,.

Rate of hedonisme aku di Mesir agak decrease sebab ahli-beit aku yang tak terkena virus ini.
Hmmm ... kadang tu membosankan jugak tapi tulah aku sorang je yang terkene virus ni dalam rumah ni tapi takpelah yg penting aku mengaku terkena virus.

Tapi knape aku jadi macam nih bukankah kat KISAS dulu senior2 ada bagitau bahayanye isme2 ni termasuk hedonisme. Yelah masa tu pemahaman aku tentang hedonisme hanya berbentuk pengetahuan mungkin sekaranglah masa praktikalnya. Oooo macam tu rupanya.

Bukan apa korang perasan tak yang kat Malaysia dah terlampau hedonisme media2 nya dan rakyat2 nya termasuklah aku. Aku sendiri tak suka hedonisme melampau2 nih tapi aku sendiri berhedonisme.

Kalo korang bukaklah radio HOT FM ( telus ..jujur..adil) korang akan perasan bahawa 24jam radionya memeasang lagu2 cinta , kadang tu menyampah gak jiwang 24 jam akhirnya semue rakyat Malaysia menjadi layu karat mcm aku nih. Kalo best sikit diorang buat lawak bodoh ntah ape2.

Bukan ape orang yg suka berhedonisme ni selalunya mudah ditipu ... mudah digula2kan... sebab selalu bukan guna otak die pun... selalu ikut naluri... Bukan ape jika kite malas berfikir , bertanya dan belajar maka kita akan terperangkap dalam paradigma yang salah yang kite sangka betul ( kalo tak paham cube baca post REPACKAGE BELAJAR MEDIK JADI BODOH?)

Sampai sekarang aku merasakan hedonismelah isme 2 yh paling merbahaya berbanding Islam Liberal Kristian ke apa ke. Sebab apa? Sebab aku rasalah ni ye , sebab kesalahan Islam Liberal ke Kristian ke mungkin ( berdasarkan yg aku tau) berbentuk ilmu yg boleh diperbetulkan oleh ulama2 jika diberi peluang dalam media2 di Malaysia. Tapi hedonisme ni menyerang sistem imun kite sampai malas belajar , malas fikir , mcm2 lah.

Teringat aku bagaimana British menyebakan candu sejenis dadah untuk melemahkan rakyat2 China ke Hongkong? Apa tujuan British , aku pun tak pasti. Tapi siapakah yg bertanggungjawab menyebarkan hedonisme di Malaysia ni? Fikirlah sendiri ye.

Kat Mesir ni aku belum siasat lagi tapi aku rasa hedonisme tak teruk sangat kut (100x) sebab walaupun perempuan 'bogel' berlambak2 dalam channel Mazzika tapi masih boleh diimbangi oleh forum2 yg berlambak2 dalam tv diorang.

Pening2.. aku suke berhedonisme di Mesir tapi aku benci hedonisme ( benci hedonisme bukan berhedonisme) di Malaysia.

Kadang tu terpikir gak apa akan jadi kat Malaysia kalo semua org suke berhedonisme even eropah yang maju itu membangun akibat proses Renaissance ( menghargai pemikiran apa ntah).
Hasilnya aku dengarlah jumlah umat Islam di Eropah semakin meningkat saban hari.

Aku mula syak adakah hedonisme sengaja disebarkan untuk membunuh rakyat negara2 membangun sedangkan di negara2 maju hedonismenya mungkin masih terdidik hmm entahlah aku malas nak siasat ....ni lah akibat hedonisme semuanya malas222 ish3

No comments:

Post a Comment